week 11

Week 11

Minggu ini kami belajar berkaitan “windows live movie maker”. Setelah penerangan Nurul junaida dan nurhanani sebenarnya mudah sahaja untuk menghasilkan video yang boleh digunakan untuk koleksi peribadi. Xdela sampai taraf movie yang ditayangkan kat wayang tu. Tp dengan software ini kita hanya perlukan galeri yang mempunyai video dan gambar gambar yang bersesuaian dengan video yang hendak kita buat. Kemudian hanya perlu “drag sahaja...” memang mudah..kalo tidak percaya cubalah...hihi tidak tahu bermula, anda boleh mula di sini.


Minggu ini juga kami belajar berkaitan dengan “Chem sketch”. Software apakah ini??...dengan software ini kita mampu melukis chemical structure dan juga menulis chemical formula dengan mudah. Guru-guru sering menghadapi masalah apabila hendak melukis chemical structure samada untuk dijadikan bahan bantu mengajar ataupun membuat soalan. Chemsketch membantu kita melukis chemical structure kerana telah mempertimbangkan hukum octet dan juga kuantum. Selain itu lukisan tersebut di jadikan dalam bentuk 3-d. Kegunaan lain kita boleh melukis radas-radas makmal..ops sory xyah lukis sudah memang ada..hanya perlu menggunakan gambar “experimental apparatus” yang sememangnya ada didalam chemsketch. Terima kasih pada cik chng bee fang n pn Sabrina atas perkongsian yang menarik. Saya syorkan semua guru kimia memiliki software ini. dan untuk memudahkan anda saya sertakan lampiran yang telah disediakan oleh mereka. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment