What next???!!
Sekarang saya sedang mengikuti kursus sarjana di UPSI selepas 6 tahun
berkhidmat di sekolah menengah. Saya mengharapkan dapat menghabiskan kursus ini
dalam masa dua tahun sepertimana yang ditetapkan oleh pihak KPM dan universiti.
Kenapa saya menyambung pembelajaran saya sedangkan saya dah dapat
berkhidmat di sebuah sekolah premier antara yang tersohor di Malaysia..mengajar
subjek pilihan yang di ambil di universiti…rakan-rakan kerja yang sangat
komited dan sangat membantu saya..kenapa saya teruskan niat hendak menyambung
belajar?.
Selepas 6 tahun mengajar saya merasakan ilmu yang masih ada belum
mencukupi dan saya sendiri sudah berasa terlalu selesa di sekolah tersebut. Maka
sudah masanya saya melangkah merasai semula pengalaman sebagai seorang pelajar.
Oleh yang demikian saya memohon skim hadiah latihan persekutuan(HLP) KPM dan Alhamdulillah
berjaya.
Siapa saya selepas 2 tahun ini…sama ada berjaya menghabiskan atau
tidak(harapnya habis lah) saya paham yang saya akan dipostingkan semula ke
sekolah. Sekolah mana saya pun tidak tahu. Matlamat saya sebelum umur saya
mencecah 40 tahun saya ingin memperoleh pHD pula tapi dalam bidang kaunseling. Kenapa
bidang kaunseling…kerana ilmu kaunseling penting dalam pembelajaran dan
pengajaran.
Saya juga bercita-cita untuk menjadi pensyarah di maktab perguruan atau university.
Ini kerana supaya saya dapat mengembang dan berkongsi ilmu dengan ramai bakal guru.
Oleh yang demikian saya perlu memantapkan diri saya terlebnih dahulu dengan
ilmu-ilmu pendidikan dan memperbanyakkan pengalaman
No comments:
Post a Comment