Teaching Philosophy



MY TEACHING PHILOSOPHY

Dalam pembelajaran dan pengajaran aspek yang paling penting untuk ditekankan adalah bagaimana sesuatu ilmu itu untuk disampaikan. Sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab kita menjadi pemudahcara kepada pelajar-pelajar kita mempelajari dalam sesuatu perkara. Oleh yang demikian, falsafah penddikan saya akan berdasarkan kepada perkara 
  • guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.  
Sebagai seorang guru kita perlu sentiasa menerokai ilmu. Tidak boleh berasa selesa dengan pengetahuan yang diperoleh atau sedia ada. Hari ini dengan teknologi yang serba canggih dan sentiasa berkembang memudahkan guru untuk memperoleh maklumat. Seorang guru perlu menguasai perkara yang hendak disampaikan kepada pelajarnya.


  • pembelajaran merentasi kurikulum
Guru-guru juga perlu bijak merencana pembelajaran dan pengajaran supaya apa yang pelajar peroleh di dalam kelas boleh dipraktikkan dan dia amalkan. Setiap lmu yang disampaikan perlu dikaitkan dengan kehidupan seharian. Dalam masa yang sama guru juga perlu membina akhlak dan keperibadian pelajar tersebut. Bukan hanya terikat pada buku teks dan rujukan sahaja.

No comments:

Post a Comment